Penganggur dipenjara lima tahun, miliki dua parang tanpa kebenaran
KUALA LUMPUR, 26 April – Seorang penganggur dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki dua bilah parang pemotong daging di kawasan awam tanpa kebenaran, tahun lepas.
Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Zamani Muhammad, 31, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 13 Okt 2021.
Mohammad Zamani didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu dua bilah parang pemotong daging tanpa kebenaran sah di tepi jalan berhampiran jambatan menuju ke Kampung Pasir Pantai di sini pada 7.10 malam, 13 Okt tahun lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan ingin berjumpa dengan keluarganya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SUNGAI RAMBAI DAPAT KLINIK KESIHATAN BAHARU
SUNGAI RAMBAI 24 November - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bakal menerima klinik kesihatan baharu yang akan menggantikan...
MELAKA AKAN PERKENAL JALAN ‘BYPASS’ KE BANDA HILIR
AYER KEROH 24 November - Satu laluan 'bypass' baharu akan diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi memudahkan akses orang ramai ke Banda...
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada...
LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
AYER KEROH 23 November - Trek monorel di Jalan Tun Ali yang dicadangkan untuk menjadi produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan...
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...
AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Oleh: Dr. Azri Fikry Doktor Pakar Kanak-kanak, Clinic Suite 3.28, Putra Specialist Hospital Melaka STATISTIK yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan...