Noraini junjung kasih kepada TMJ, bincang pembangunan pengajian tinggi

Masa Membaca:54 Saat

KUALA LUMPUR, 25 April – Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkenan menerima menghadap barisan pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi semalam.

Menerusi catatan di laman Facebook, beliau berkata beberapa agenda dibincangkan pada istiadat menghadap itu dan ia menjurus kepada pembangunan sektor pengajian tinggi di negara ini khususnya di Johor.

“Menjunjung setinggi-tinggi kasih terhadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, kerana menerima menghadap barisan pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini,” katanya memetik laporan Bernama.

Noraini berkata, barisan pengurusan kementerian itu juga amat terharu dan berbangga kerana Tunku Ismail amat prihatin mengenai perkara melibatkan pengajian tinggi terutama kebajikan pelajar secara keseluruhan.

“Jelaslah, ini menunjukkan bahawa Duli Yang Amat Mulia Tunku sentiasa mengambil tahu mengenai perkara-perkara melibatkan rakyat. Semoga Allah SWT akan terus merahmati Duli Yang Amat Mulia Tunku dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Amin. Menjunjung kasih Tunku,” katanya.

Menerusi laman sosial itu, beliau turut berkongsi beberapa keping gambar semasa pertemuan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1061
Kongsi :
Previous post Hantaran tular bantuan suri rumah JKM, palsu
Next post Rezeki raya menang Proton Saga 1.3 AT Premium
Ubah saiz-+=