Sorting by

×

Riang Ria Raya rai 80 anak yatim, asnaf dan ibu tunggal

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 23 April – Program Riang Ria Raya anjuran Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi rezeki sebaliknya membantu menceriakan golongan asnaf, anak yatim dan ibu tunggal melakukan persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, menerusi program itu 80 peserta menerima sumbangan kita makanan, duit raya dan baucar untuk membeli baju raya.

“Kit makanan dan duit raya disampaikan kepada 40 ibu tunggal manakala 40 lagi anak yatim menerima baucar tunai bernilai RM200 untuk membeli baju raya mengikut citarasa mereka

“Selepas dua tahun menyambut Aidilfitri secara sederhana, peralihan ke fasa endemik dan banyak kelonggaran diberikan kerajaan umat Islam tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri.

“Jadi kami mahu golongan kurang berkemampuan ini bersama-sama merasakan kemeriahan sambutan Aidilfitri sama seperti umat Islam yang lain,” katanya ketika berucap merasmikan Program Riang Ria Raya yang diadakan di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Hadir sama, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Datuk Kalsom Noordin dan kenamaan lain.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1065
Kongsi :
Previous post Lukisan mural ‘Keluarga Malaysia’ hiasi bangunan lama di Banda Hilir
Next post COVID-19: Kerajaan bincang longgar tiga perkara utama SOP – PM
Ubah saiz-+=