Raja Permaisuri Agong ‘share’ tip hidangan martabak lebih kemas

Masa Membaca:48 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 April – “Ingat ya, ini resepi ‘special’ kita berdua ya”.

Itu antara gurauan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan berkongsi tip bersama peniaga martabak, Mohd Razi Hamid, 38, ketika mengunjungi bazar Ramadan Peringgit, di sini, hari ini.

Baginda berkenan berkongsikan tip supaya Mohd Razi menyaluti martabak itu dengan dua lapis adunan tepung supaya hidangan tampak lebih kemas.

Gerai jualan Mohd Razi antara persinggahan pilihan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah ketika mengunjungi bazar Ramadan Peringgit.

Kunjungan Seri Paduka berdua selama satu jam itu turut ditemani anakanda bongsu, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Mohd Razi ketika ditemui berkata, dia teruja mendapat peluang seumur hidup mendekati sambil berbual mesra dengan pasangan diraja itu.

“Tip dikongsi supaya martabak itu disaluti dengan tepung supaya tidak terkoyak atau pecah,” katanya ketika ditemui di gerai jualannya.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1471
Kongsi :
Previous post Kos haji naik: TH umum dua kaedah bayaran jemaah muassasah
Next post Beberapa lagi kelonggaran SOP akan diumum – Khairy
Ubah saiz-+=