Agong tunai solat Jumaat di Masjid Selat

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al – Mustafa Billah Shah berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Selat, di sini tengah hari tadi.

Ketibaan baginda Seri Paduka telah disambut Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di perkarangan masjid berkenaan tepat jam 1.06 tengah hari.

Hadir sama menyambut ketibaan baginda, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah, Mufti negeri, Datuk Abdul Halim Tawil serta Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Shukri Che Mat.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al – Mustafa Billah Shah berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Selat, di sini tengah hari tadi. Hadir sama Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam

Solat Jumaat diimamkan oleh Imam Masjid Selat Melaka, Ustaz Mohd Fezwan Mohamad sebelum membacakan khutbah bertajuk Memburu Kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadan.

Seramai 1,000 jemaah hadir menunaikan solat di masjid tersebut.

Selesai menunaikan solat itu, baginda sempat meninjau suasana pemandangan Selat Melaka dan pembangunan sekitar di masjid berkenaan.

Rata-rata jemaah turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama baginda sejurus selesai menunaikan ibadah itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1910
Kongsi :
Previous post PM Seru semua pihak budayakan amalan kelestarian
Next post Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan isteri
Ubah saiz-+=