Lelaki nyaris rentung terbabit kemalangan

Masa Membaca:55 Saat

ALOR GAJAH 22 April – Seorang lelaki terselamat selepas kereta dipandunya terbakar selepas terbabit kemalangan dalam kejadian di Kampung Panchor, Jalan Alor Gajah Lama, di sini, hari ini.

Kereta Proton Saga BLM dipandu lelaki berusia 30 tahun berkenaan terbabit kemalangan dengan sebuah lori satu tan kira-kira jam 8.10 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ramli Yusoff berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya membabitkan kejadian pada jam 8.10 pagi sebelum sepasukan sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, semasa pasukan bomba tiba kedua-dua mangsa iaitu pemandu kereta dan lori sudah dibawa keluar oleh orang awam.

“Kedua-dua pemandu itu yang mengalami kecederaan akibat kemalangan kemudian dikejarkan ke hospital oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Bomba dimaklumkan, tidak lama selepas pemandu kereta dibawa keluar kenderaannya itu tiba-tiba terbakar,” katanya.

Katanya, operasi pemadaman kenderaan mengambil masa lima minit sebelum berjaya dipadam sepenuhnya.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan selepas selesai operasi pemadaman serta memastikan tiada sebarang kemerbahayaan, pasukan bomba menamatkan operasi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1162
Kongsi :
Previous post Klinik bergerak mingguan buat gelandangan di Melaka
Next post PM Seru semua pihak budayakan amalan kelestarian
Ubah saiz-+=