Melaka peruntuk RM450,000 baik pulih, bina rumah percuma sepanjang 2021 – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BUKIT RAMBAI 21 April – Sebanyak 27 unit rumah telah dibaik pulih dan dibina baharu menerusi pemberian rumah percuma kepada golongan memerlukan di negeri ini sepanjang tahun 2021.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, program Melaka Rumahku dibawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) Lembaga Perumahan Melaka (LPM) itu sekali gus memberi kehidupan baharu buat keluarga asnaf di negeri ini.

“Peruntukkan sebanyak RM450,000 telah dibelanjakan LPM bagi membaiki sebanyak 22 unit rumah dan lima rumah telah dibina baharu di negeri sepanjang tahun lalu.

“Program Melaka Rumahku akan menawarkan sebuah unit rumah kepada keluarga memerlukan dengan tiga bilik tidur, satu bilik air, ruang tamu dan dapur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan penyerahan kunci rumah kepada sebuah keluarga di Kampung Stulang Daeng, Bukit Rambai, di sini petang tadi.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, program Melaka Rumahku turut diteruskan tahun ini dengan sebanyak tiga unit rumah telah dibina sejak awal tahun lalu.

“Program CSR pertama telah diadakan pada 8 Januari lalu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, diikuti pada 15 Januari di DUN Lendu.

“Bagi yang ketiga ini ia membabitkan di DUN Klebang telah berjaya dibina dengan peruntukan sebanyak RM50,000 membabitkan pembinaan sebuah rumah yang dilengkapi lantai jubin dan siling plaster,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2809
Kongsi :
Previous post Nelayan terkesan projek KLIP bakal terima saguhati – EXCO
Next post Penjaga dibenar teman pesakit di wad mulai 1 Mei – KKM
Ubah saiz-+=