Sorting by

×

SUKMA XX: Melaka mampu tuai lima emas dalam sukan muaythai

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

GADEK 20 April – Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya membawa pulang lima pingat emas dalam sukan muaythai pada temasya Sukan Malaysia Edisi ke-20 (SUKMA XX, MSN 2022) yang dijadual berlangsung di Lembah Klang, Sept depan.

EXCO Belia dan Sukan Negeri VP Shanmugam berkata, pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai memandangkan pelbagai kejayaan telah diraih atlet Melaka dalam sukan itu, selain dibantu pasukan jurulatih berpengalaman dalam sukan tempur itu.

“Dalam SUKMA kali ini, Melaka akan menghantar 27 atlet membabitkan sembilan atlet lelaki dan enam wanita akan menyertai acara ini dengan bimbingan lima pengawai terlibat.

“Kita telah pun mengenal pasti jurulatih dari Thailand yang berpengalaman 15 tahun dalam sukan ini, yang mana jurulatih berkenaan bersetuju untuk berkolaborasi bersama pasukan Melaka untuk memacu pasukan ini.

“Biarpun edisi sebelumnya kita tidak meraih pingat emas dalam acara ini namun kita yakin kali ini kita akan jadi lebih baik terutama selepas melihat komitmen tinggi yang dipamerkan dalam sukan muaythai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Semarak Ramadan diadakan di Masjid Al Najihin, di sini.

Hadir sama, pegawai wakil Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merangkap Presiden Persatuan Muaythai Negeri Melaka (PMNM), Emrito @ Haris Alias dan Pengarah Teknikal Muay Thai Malaysia, Md Faris Md Uret.

Program anjuran kerjasama FAMA Melaka dan PMNM itu telah memilih 25 keluarga asnaf dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek untuk diberikan bantuan kit makanan serta wang tunai bagi menyambut Ramadan dan persediaan Syawal akan datang.

Dalam pada itu, Shanmugam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek berkata, untuk edisi SUKMA kali ini, Melaka menyasarkan peningkatan 10 peratus kutipan pingat emas akan diraih atlet Melaka dalam temasya itu.

“Kita sasarkan kali ini Melaka mampu mencapai 25 pingat emas dalam acara keseluruhan pada SUKMA kali ini, mereka kena kecapi dari apa yang dimiliki sebelum ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1866
Kongsi :
Previous post HIJRAH24 mampu lonjak semula perniagaan, pelaburan TH – PM
Next post ‘Alhamdulillah terubat hati anak nak beraya tahun ini’
Ubah saiz-+=