Sorting by

×

Kajian terperinci kenal pasti punca pencemaran Sungai Merlimau

Masa Membaca:57 Saat

MERLIMAU 20 April – Satu kajian terperinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca pencemaran yang sering berlaku di Sungai Merlimau sejak bertahun dahulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, Sungai Merlimau dahulunya pernah menjadi kolam renang semula jadi bagi anak-anak kampung yang ingin bermandi manda.

“Pagi ni bersama dengan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka dan pegawai alam sekitar, kita buat meeting (mesyuarat) di tepi Sungai Merlimau..

“Saya mohon satu kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti apakah punca pencemaran yang berlarutan di sungai merlimau sejak bertahun lamanya.

“Sungai Merlimau dulu menjadi ‘swimming pool’ semula jadi bagi anak-anak kampung seperti saya, tetapi malangnya kini ikan nak berenang pon takut lemas di dalamnya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya semalam.

Katanya akan membuat penyelarasan dengan memanggil semua pihak terlibat untuk bersama membantu memulihkan sungai berkenaan.

“Insya-Allah satu penyelarasan akan saya buat untuk memanggil semua agensi terlibat untuk kita sama-sama bantu memulihkan Sungai Merlimau kita ini.

“Bukan perkara yang mudah, tetapi insya-Allah selagi mana saya bertanggungjawab saya akan pastikan ianya terjadi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1525
Kongsi :
Previous post Sangkar batu di sungai perlu dibaik pulih – ADUN
Next post Dun Ayer Molek: SRA baharu bakal dibina di Paya Dalam
Ubah saiz-+=