Sangkar batu di sungai perlu dibaik pulih – ADUN

Masa Membaca:59 Saat

TABOH NANING 20 April- Beberapa sangkat batu di sungai yang rosak akibat bah besar pada hujung tahun lalu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning perlu dibaik pulih dalam kadar segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin berkata pihaknya telah memberikan surat rasmi kepada Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) daerah dan negeri untuk diambil tindakan.

“Antara sungai yang terjejas akibat kerosakan sangkar-sangkar batu adalah seperti Sungai Padang Besar, Sungai Brisu dan Sungai Melekek Luar.

“Kita juga minta pihak JPS untuk membersihkan jalan-jalan sungai yang rosak kerana pihak kita dapat pasir-pasir terlalu tinggi dan menghalang laluan air.

“Hal ini mengakibatkan apabila hujan terlalu lebat, air melimpah masuk ke rumah-rumah penduduk berhampiran, jadi kita minta JPS boleh ambil tindakan segera,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Zulkiflee berkata baru-baru ini beliau telah menerima peruntukkan untuk membetulkan jalan-jalan dalam kawasan kampung.

“Jalan-jalan di kampung-kampung itu akan di baikpulih demi keselesaan penduduk dan kita telah mulakan kerja-kerja baik pulih jalan dalam bulan Ramadan ini.

“Sekiranya masih tidak siap kita akan segerakan untuk siap dalam penghujung Syawal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1302
Kongsi :
Previous post Kabinet sebulat suara putuskan projek perolehan LCS diteruskan
Next post Kajian terperinci kenal pasti punca pencemaran Sungai Merlimau
Ubah saiz-+=