Nestle agih 1,800 bubur lambuk pada warga MBMB
AYER KEROH 19 April – Sebanyak 1,800 bekas bubur lambuk diagihkan kepada warga kerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), hari ini.
Agihan itu dilaksanakan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Nestle Products Sdn Bhd pada setiap kali bulan Ramadan.
Penyampaian bubur lambuk disempurnakan Ketua Ahli Majlis MBMB, Abd Razak Abu yang turut dihadiri Pengurus Pembeli dan Pengguna Nestle Products Sdn Bhd, Zainal Alias.
Menurut Abd Razak ia merupakan program tahunan MBMB bersama pihak Nestle sejak enam tahun lalu selain mengambil keberkatan bulan Ramadan dan Sambutan Ulang Tahun Ke-19 Bandaraya Melaka Bersejarah.
“MBMB ucapkan terima kasih kepada pihak Nestle selaku rakan strategik MBMB menjayakan program ini.
“Ini juga sebagai penghargaan kepada warga MBMB yang bertugas sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya pada program Pengagihan Bubur Lambuk Bersama Nestle di Anjung Makmur MBMB di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA AKAN UMUM ‘KHABAR GEMBIRA’ SEMPENA 20 FEBRUARI 2025
BANDA HILIR 1 Januari - Langkah awal mempromosi Melaka sebagai tuan rumah Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Persidangan...
MELAKA SEDIA JADI TUAN RUMAH TERBAIK WTD, WTC 2025
BANDA HILIR 1 Januari - Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Persidangan Pelancongan Sedunia 2025 (WTC 2025) yang menyaksikan...
2025 MELAKA BAKAL ‘MENDUNIA’
BANDA HILIR 1 Januari - Kejayaan dan kemeriahan kempen Tahun Melawat Melaka akan diteruskan pada 2025, kata Ketua Menteri Datuk...
MELAKA RAIH PELBAGAI PENCAPAIAN 2024
BANDA HILIR 1 Januari - Tahun 2024 yang berakhir malam tadi meninggalkan pelbagai kenangan dan pencapaian manis yang berjaya dilakar...
MELAKA BUKA TIRAI 2025 PENUH GILANG-GEMILANG
BANDA HILIR 1 Januari - Luar biasa, penuh gilang-gemilang. Itulah gambaran kemeriahan suasana sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 Negeri Melaka,...
MELAKA CATAT PENDAPATAN RM12.68 BILION HINGGA DISEMBER 2024
BANDA HILIR 1 Januari - Melaka mencatatkan perolehan pendapatan berjumlah RM12.68 bilion sehingga Disember 2024, iaitu sepanjang kempen Tahun Melawat...