
56 peserta Pidato TYT ke separuh akhir
AYER KEROH 4 Sept. – Seramai 56 peserta Pertandingan Pidato Rukun Negara Piala Pusingan TYT berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir selepas melepasi saringan pertama.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP) Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif berkata, pihaknya menerima sebanyak 203 penyertaan bagi semua kategori selepas tarikh akhir penyertaan pada 28 Ogos.
Beliau berkata, pihaknya tidak menjangka akan menerima sebegitu banyak penyertaan kerana pada peringkat awal mereka hanya menyasarkan 50 penyertaan sahaja.
“Daripada jumlah itu kita menerima sebanyak 30 penyertaan untuk kategori Umum dan 34 dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
“Bagi kategori sekolah rendah dan menengah saringan pertama diadakan secara atas talian di Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST),” katanya.
Menurut beliau, hanya 14 peserta dari setiap kategori layak ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan pada Isnin depan (7 September).
“Pada hari itu nanti semua kategori akan diadakan serentak di lokasi berbeza untuk memilih tiga yang terbaik dari setiap kategori untuk ke pertandingan peringkat akhir pada keesokannya (Selasa),” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...
BANTUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK B40 DI MELAKA MENINGKAT TAHUN INI
AYER KEROH 29 April - Jumlah penerima bagi bantuan Pendidikan menerusi Bantuan Pakaian Sekolah (BPSR) dan Biasiswa Melaka tahun ini...
BIMBING BELIA KECICIRAN AKADEMIK JADI USAHAWAN
SERI NEGERI 29 April - Sebanyak 30 program pemantapan dan pembangunan belia dilaksanakan sepanjang tahun oleh Kerajaan Negeri dalam menggalakkan...
BERAS MELAKA DIJUAL DI 4 LOKASI
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, melancarkan fasa pertama pengeluaran Beras...
MELAKA TERIMA RM1.7 JUTA PERUNTUKAN MARRIS BAGI PEMASANGAN LAMPU JALAN TAHUN INI
SERI NEGERI 29 April - Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka menerima peruntukan RM1.7 juta bagi tahun 2025 di bawah Sistem...