
MPHTJ cadang wujud taman bunga di Dataran Sejarah Ayer Keroh
AYER KEROH 4 Sept. – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dalam usaha mengindahkan semula landskap di Dataran Sejarah Ayer Keroh awal tahun 2021.
Yang Dipertua MPHTJ Shadan Othman berkata, ia dibincangkan bersama pegawai landskap yang terlibat dengan usaha menanam pokok-pokok bunga di dataran tersebut.
“Saya cadang dengan pegawai landskap untuk buat kawasan (padang) tersebut dipenuhi bunga.
“Jadi bila pelancong datang dia boleh berswafoto di bunga itu seolah-olah berada di luar negara,” katanya kepada MHI.
Katanya, ia sekali gus menjadi tarikan baharu kepada pelancong selain menjadikan Melaka sebagai destinasi yang perlu dilawati.
“Kita jangka dalam awal tahun depan dah ada taman bunga di sini, Disember ini kita akan mula kerja-kerja sepatutnya.
“Kalau kita tengok sekarang hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, kawasan Ayer Keroh akan sesak dan kedai-kedai makan di kawasan sekitar ini juga dipenuhi pelancong,” katanya.
Ujarnya, terdapat beberapa perancangan akan dibangunkan khususnya sektor pelancongan di Ayer Keroh supaya kawasan ini menjadi lebih baik dan terurus.
Views:
Related


Berita Lain
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...
BANTUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK B40 DI MELAKA MENINGKAT TAHUN INI
AYER KEROH 29 April - Jumlah penerima bagi bantuan Pendidikan menerusi Bantuan Pakaian Sekolah (BPSR) dan Biasiswa Melaka tahun ini...
BIMBING BELIA KECICIRAN AKADEMIK JADI USAHAWAN
SERI NEGERI 29 April - Sebanyak 30 program pemantapan dan pembangunan belia dilaksanakan sepanjang tahun oleh Kerajaan Negeri dalam menggalakkan...
BERAS MELAKA DIJUAL DI 4 LOKASI
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, melancarkan fasa pertama pengeluaran Beras...
MELAKA TERIMA RM1.7 JUTA PERUNTUKAN MARRIS BAGI PEMASANGAN LAMPU JALAN TAHUN INI
SERI NEGERI 29 April - Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka menerima peruntukan RM1.7 juta bagi tahun 2025 di bawah Sistem...
TIGA TAMAN PERUMAHAN BAHARU BAKAL DIBINA DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Sebanyak tiga lagi taman perumahan baharu sedang dalam perancangan untuk dibangunkan di Dewan Undangan Negeri...