Dipukul pelanggan antara dugaan ‘rider’

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

BUKIT BARU 16 April – Pernah dipukul pelanggan akibat salah faham, namun ia bukan halangan bagi pekerja penghantar makanan (rider) Grab Food meneruskan kerjaya itu sehingga hari ini.

Penghantar makanan, Mohd Hizral Ali,48, berkata, sudah menjadi lumrah seorang penghantar makanan berhadapan dengan pelbagai dugaan apabila menceburi pekerjaan itu.

“Saya dah jadi ‘rider’ tiga tahun, cabaran tak dapat dilupakan apabila saya kena pukul dengan pelanggan…ini lumrah terlalu banyak berlaku, kadang-kadang puncanya hanya salah faham.

“Kalau bulan Ramadan cabaran bagi rider ini biasalah rasa haus nak makan dan minum, tapi semua tu biasa.

“Cuma kena hadap ragam daripada vendor dan pelanggan. Ini lumrah penghantar makanan….bab keselamatan di jalan raya memang kita tak dapat nak elak risiko kemalangan, kadang jatuh motor…semua tu dah biasa,” katanya kepada MHI.

Terdahulu Mohd Hizral menyertai Majlis Iftar Perdana Bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Dataran Masjid Al-Azim di sini, hari ini.

Penghantar makanan, Mohd Hizral Ali ,48. Foto Iqmal Haqim Rosman

Katanya, majlis itu sebagai tanda kerajaan negeri prihatin terhadap kerja dan tanggungjawab dilaksanakan setiap penghantar makanan di negeri ini.

“Pada saya, majlis ini satu insiatif kerajaan negeri yang bermanfaat, seperti tahun-tahun sebelum ini memang kerajaan negeri prihatin terjadap rider seperti kami.

“Kami dijemput oleh Ketua Menteri sendiri, setiap tahun memang kami dijemput, hari ini yang dapat datang cuma 150 rider sahaja,” katanya lagi.

SITI Nor Zannah,55

Bagi Siti Nor Zannah Moee,55, majlis sebegitu dapat mengeratkan silaturahim sesama masyarakat beragama Islam.

“Hari ini saya berbuka dengan kawan-kawan satu tempat kerja, kalau boleh diteruskan setiap tahun sekurangnya masyarakat Islam ini bertambah harmoni.

“Secara tak langsung dapat menambah lagi kita punya ilmu tentang agama Islam,” katanya yang menyertai iftar tersebut pada setiap tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1223
Kongsi :
Previous post UMNO Melaka tolak ‘pinangan’ Norhizam
Next post Akar umbi akan pilih siapa terajui parti – Ab Rauf
Ubah saiz-+=