Lebih 1,000 berbuka puasa bersama Ketua Menteri
BUKIT BARU 16 April – Lebih 1,000 pengunjung beragama Islam di negeri ini diraikan dalam satu Majlis Iftar Perdana Bersama Ketua Menteri Melaka di Dataran Masjid Al-Azim di sini, hari ini.
Majlis itu disempurnakan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang tiba di dataran berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.
Pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan asnaf, golongan memerlukan serta anak-anak yatim untuk merasai sama nikmat berbuka puasa beramai-ramai.
Pada majlis itu, Sulaiman turut beramah-mesra bersama pengunjung yang hadir selain memberikan bubur lambuk dan kurma untuk berbuka puasa.
Turut dijemput hadir kira-kira 150 penghantar makanan Grab Food sebagai tanda menghargai penat lelah mereka menghantar makanan sepanjang bulan Ramadan ini.
Hadir sama EXCO Wanita dan Kebajikan Negeri, Datuk Kalsom Noordin; EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zaidi Attan dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Shukri Che Mat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RM8 JUTA NAIK TARAF JEJANTAS MELAKA SENTRAL
AYER KEROH 26 November - Sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi kerja menaik taraf dan mengindahkan Jejantas Melaka Sentral yang bakal...
PENJAWAT AWAM DITAHAN SPRM DISYAKI TERIMA RASUAH RM6,000
PUTRAJAYA 25 November- Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM6,000 daripada...
PEMANDU MABUK REMPUH SUAMI ISTERI HINGGA MAUT DIDAKWA ESOK
JOHOR BAHRU 25 November - Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan...
LELAKI TULAR ANIAYA KUCING DITAHAN
KUALA LUMPUR 25 November - Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap...
MBMB GUNA PERUNTUKAN DALAMAN BINA KOLAM TAKUNGAN SEMENTARA BUKIT RAMBAI
AYER KEROH 25 November - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menyelaras dan membina kolam takungan sementara di Bukit Rambai...
604 DITAHAN, RM87.03 JUTA BARANGAN DIRAMPAS KPDN
ALOR GAJAH 25 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 604 individu selain merampas barang...