
Stok darah Hospital Melaka mencukupi
PENGKALAN BATU 4 Sept – Bekalan darah di Unit Tabung Darah Hospital Melaka setakat ini mencukupi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Rahmad Mariman.
Beliau berkata, susulan pengumuman yang diwar-warkan menerusi Twitter oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) awal Ogos lalu yang merayu rakyat di negeri Melaka menderma darah bagi memastikan bekalan mencukupi, orang ramai mula membantu.
“Apabila berita mengenai kekurangan bekalan darah diviralkan, orang ramai mula melakukan inisiatif untuk menderma darah.
“Setakat ini saya dimaklumkan bekalan darah mencukupi dan penderma mula menderma darah bagi memastikan bekalan itu cukup untuk keperluan pesakit,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Negeri 2020 di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, semalam.
Menurut Rahmad, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagaimanapun masih memerlukan orang ramai untuk terus menderma darah kerana tempoh bekalan darah yang boleh disimpan adalah selama enam minggu.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...