
DUN Machap Jaya: Hee Sem teruja belajar buat kuih puteri mandi
MACHAP JAYA 15 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya Ngwe Hee Sem tidak kekok dalam mempelajari budaya masyarakat Melayu sepanjang Ramadan tahun ini.
Dalam program yang dijalankan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, pelbagai aktiviti bersama masyarakat telah dilakukannya termasuklah proses pembuatan kuih tradisional.
Hari ini, beliau yang juga EXCO Hal Ehwal Pengguna Negeri hadir melihat sendiri proses membuat kuih puteri mandi, iaitu sejenis kuih tradisional yang menjadi antara juadah kegemaran berbuka puasa.
“Seawal pagi ini saya bersama wanita DUN Machap Jaya menyediakan juadah berbuka puasa untuk petang nanti.
“Tahniah, inilah pengalaman pertama saya dapat melihat sendiri cara membuat kuih puteri mandi.
“Inilah Machap Jaya, hidup penuh harmoni dalam suasana berbilang kaum,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Dalam kunjungannya itu, Hee Sem dilihat turut mempelajari teknik membuat kuih tradisional itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...