Ismail Sabri ucap terima kasih dicalon sebagai PM PRU15
Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri pada PRU15.
“Saya ucapkan terima kasih kepada presiden (Ahmad Zahid), timbalan presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan), ‘Top Five’ dan semua ahli MT kerana secara sebulat suara menyokong saya sebagai calon perdana menteri selepas PRU15 jika Barisan Nasional memenangi pilihan raya nanti,” kata perdana menteri kesembilan itu.
Semasa ditemui media selepas melancarkan Coopmart dan Coop Community Mart (CCM) Koperasi Pudina Putrajaya Bhd di sini hari ini, Ismail Sabri berkata keputusan MT UMNO itu jelas menunjukkan parti itu masih bersatu.
“Walaupun macam-macam pihak (kata) ada group dan sebagainya dalam UMNO tetapi keputusan semalam jelas menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan adalah tidak benar kerana UMNO terus kukuh, solidaritinya kuat, jadi tidak ada kem pun dalam UMNO,” katanya.
Ismail Sabri bagaimanapun tidak tahu bila PRU15 akan diadakan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
12 KES TUNTUTAN LIBATKAN KONTRAKTOR RUMAH BABITKAN NILAI LEBIH RM200,000
MELAKA 23 Disember - Sebanyak 12 kes melibatkan kontraktor rumah direkodkan membabitkan nilai tuntutan berjumlah RM237,794 bagi tempoh 1 Jan...
MPHTJ HARGAI 130 AGENSI KERAJAAN, SWASTA, NGO DAN MEDIA
BANDARAYA MELAKA 23 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menghargai 130 agensi kerajaan, swasta, NGO, pemimpin kawasan dan...
MIHF’24 CATAT NILAI JUALAN LEBIH RM6.2 JUTA
AYER KEROH 23 Disember - Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF'24) anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi MAIM Holdings...
JUAL BOT LAMA ATAU GUNA UNTUK TUAI HASIL KUPANG, KERANG
SUNGAI RAMBAI 23 Disember - Nelayan di negeri ini kini mempunyai pilihan sama ada menjual atau terus menggunakan bot lama milik...
SAGU HATI UNTUK PENGUSAHA KUPANG, KERANG
SUNGAI RAMBAI 23 Disember - Kesukaran ditempuh pengusaha kupang dan kerang di negeri ini mendapat perhatian Kerajaan Negeri menerusi sumbangan...
INISIATIF ‘IDEAL’ MAMPU TARIK LEBIH RAMAI PELABUR KE MELAKA
AYER KEROH 23 Disember - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperkenalkan inisiatif 'Investor Development Easy Approval and License' atau 'IDEAL',...