Sorting by

×

2,500 pegawai, anggota Maritim Malaysia kawal perairan negara pada Aidilfitri

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

KUALA LINGGI 15 April – Seramai 2,500 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ditugaskan dalam Op Pagar Laut dijadualkanĀ  19 April hingga 17 Mei.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, Op Pagar laut penting berikutan jangkaan peningkatan jenayah rentas sempadan khusus sepanjang musim perayaan.

Mohd Zubil berkata, berikutan itu Op Pagar Laut dijalankan setiap tahu dilaksanakan dua minggu sebelum dan selepasĀ perayaan Aidilfitri.

ā€œBagi penugasan di perairan Sabah dan Labuan, membabitkan seramai 550 pegawai dan anggota ditugaskan manakala di Sarawak, seramai 500 keanggotaan.

ā€œSetiap kali perayaan (Aidilfitri) menampakkan kes meningkat dan penjenayah rentas sempadan mengambil peluang pada musim itu.

ā€œSebab itu kita laksanakan operasi (Op Pagar Laut) dua minggu lebih awal kerana kita akan lihat trend (jenayah) sama ada meningkat atau tidak,ā€ katanya.

ANGGOTA Maritim Malaysia berbuka puasa diatas bot ronda ketika meronda perairan sekitar Kuala Linggi

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada anggota Maritim Malaysia di Melaka dan Negeri Sembilan.

Hadir sama, Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak.

Mengulas lanjut, Mohd Zubil berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menghalang pegawai dan anggota untuk mengambil cuti pada Aidilfitri nanti.

ā€œKita akan terus memberi galakan dan sokongan kepada anggota yang bertugas dan boleh saya katakan musim perayaan ini kita masih benarkan anggota bercuti.

ā€œTetapi pada masa sama, kita berada pada tahap yang masih boleh teruskan tugas dan jangkakan lima hingga 40 peratus anggota akan bercuti dan ‘rotate’ (bergilir).

ā€œKita sudah dua tahun hidup dalam COVID-19, tidak dapat balik kampung jadi ‘this is the best time’ (ini masa terbaik) memberikan mereka cuti asalkan operasi kita diteruskan,ā€ katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2356
Kongsi :
Previous post HRD Corp bantu 200 asnaf dan anak yatim
Next post Utusan Melayu: The Radical Malay Newspaper
Ubah saiz-+=