Sorting by

×

HRD Corp bantu 200 asnaf dan anak yatim

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TANGGA BATU 15 April – Seramai 200 asnaf termasuk anak yatim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor dan Sungai Udang, menerima sumbangan pada Majlis CSR Ramadan HRD Corp Squad Care, di Melaka, semalam.

Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu diadakan bagi membantu meringankan beban golongan memerlukan.

“Untuk hari ini (semalam) seramai 200 penerima iaitu anak kariah daripada sembilan masjid dan 15 surau dari dua kawasan ini terpilih menerima sumbangan wang tunai.

“Melalui CSR ini juga kita secara tidak langsung dapat menerangkan kepada masyarakat akan peranan HRD Corp,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyampaian sumbangan, di Masjid Ar Rabbaniyah Pekan Tangga Batu, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi.

Jamil berkata, selain Melaka pihaknya juga akan mengadakan CSR pada Ramadan di Tapah, Perak dalam masa terdekat.

Sementara itu, Tuminah berkata, pihaknya amat mengalu-alukan badan korporat dalam membantu penduduk di DUN Pantai Kundor.

“Jika ada pihak yang berminat untuk mengadakan CSR atau memberi sumbangan kita alu-alukan kerana apabila bersama-sama lebih ramai golongan asnafdapat dibantu.

“Saya berterima kasih kepada HRD Corp kerana memilih lokasi ini malah berbanding tahun sebelum, tahun ini paling ramai penerima yang menerima sumbangan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1135
Kongsi :
Previous post Aduan saya untuk indahkan Melaka
Next post 2,500 pegawai, anggota Maritim Malaysia kawal perairan negara pada Aidilfitri
Ubah saiz-+=