Melaka sudah sedia terima pelancong asing
BANDA HILIR 13 April – Persiapan Melaka untuk menerima kedatangan pelancong negara luar kini berada pada tahap akhir.
Antara pintu masuk itu adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Terminal Feri Antarabangsa Melaka.
EXCO Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pada masa yang sama kemasukan pelancong menerusi jalan darat melibatkan Singapura dan Thailand sudah berjalan lancar.
“Ada dua persiapan kita sekarang yang berada di tahap akhir iaitu di jalan laut pelabuhan CIQ yang mana feri dari Dumai ke Melaka sudahpun bersedia.
“Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka berada di Tambak Johor pada hari Jumaat dan Sabtu ini untuk promosikan kedatangan pelancongan Singapura ke Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Cenderahati Hari Raya Aidilfitiri kepada Wartawan Bergama Islam di di sini, semalam.
Muhammad Jailani berkata pihak akan mengadakan satu lawatan ke Dumai dalam masa terdekat bagi melihat keupayaan kapasiti pelancong yang bakal ke Melaka.
“Saya juga akan pergi ke Dumai dalam satu atau dua minggu lagi, lepas itu baru kita tahu keupayaan atau kapasiti pelancong yang masuk Melaka nanti,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
92 ANAK-ANAK REMBIA TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN
REMBIA 20 Januari - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 92 murid dari sembilan buah sekolah rendah kawasan Dewan...
HIASAN TAHUN BAHARU CINA GAMIT KUNJUNGAN ORANG RAMAI
AYER KEROH 19 Januari - Lebih 350 tanglung pelbagai bentuk dan warna menghiasi perkarangan Balai Raya Taman Bukit Melaka, di...
‘BERANI BERKHATAN SEBAB NAK JADI BOMBA’
ASAHAN 20 Januari - Bercita-cita menjadi anggota bomba membuatkan seorang kanak-kanak Muhammad Syahmi Ikmal Mohd Nazri,8, berani untuk berkhatan pada...
PEMILIK SALON DITAHAN HISAP KEMALUAN REMAJA
AYER KEROH 20 Januari - Seorang jurusolek ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal dengan menghisap kemaluan seorang remaja lelaki...
OPERASI SAR DUA NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PULAU UNDAN DITAMATKAN
TELOK MAS 20 Januari - Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dua nelayan yang hilang sejak 16 Januari lalu di perairan...
WIFI PERCUMA DI DUA MASJID
ASAHAN 20 Januari - WiFi percuma Negeri Melaka akan disediakan di Masjid Al-Aminin Sungai Tuang dan Masjid As-Safwan Kampung Telok...