DUN Gadek: Bubur lambuk diedar setiap ahad

Masa Membaca:38 Saat

GADEK – Program agihan bubur lambuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek akan diadakan setiap hari Ahad sepanjang Ramadan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya, VP Shanmugam berkata program yang diadakan pada setiap minggu itu mampu menyemarakkan bulan Ramadan buat penduduk di kawasan itu.

Katanya, sebanyak 1,000 mangkuk bubur lambuk akan diagihkan setiap ahad bermula jam 2.30 hingga 3.30 petang bertempat di tepi jalan dihadapan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Gadek.

“Program ini juga diadakan hasil kerjasama penduduk setempat bersama pemimpin masyarakat bergotong-royong memasak bubur lambuk.

“Bubur akan dimasak di Pejabat JAPERUN dan kemudiannya dibungkus dan diagihkan buat orang ramai,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1165
Kongsi :
Previous post Cederakan isteri dengan rotan: Pemilik restoran dipenjara 10 tahun
Next post Lebih 300 produk makanan, Hamidahku Industry bakal lebar sayap ke China
Ubah saiz-+=