Polis Jasin luluskan tiga lesen jual mercun dan bunga api
JASIN 11 April – Hanya tiga lesen kebenaran untuk menjual mercun dan bunga api dikeluarkan Polis Jasin setakat hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, lesen itu dikeluarkan pihaknya selepas melakukan penilaian dan mengambil kira beberapa kriteria yang ditetapkan.
“Kita ada keluarkan lesen untuk menjual mercun, setakat ini hanya tiga sahaja membabitkan mercun yang seperti pop-pop.
“Lesen kebenaran ini tidak termasuk penjualan mercun yang berbahaya. Permit ini hanya sah untuk tempoh dari 7 Mac hingga hari raya ketiga sahaja,” katanya.
Menurutnya, untuk daerah Jasin permohonan lesen yang diterima tidak banyak dan masih ada yang dalam proses kelulusan pihaknya.
“Tidak banyak permohonan yang diterima dan yang masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan kira-kira 10 sahaja,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Polis Melaka belum meluluskan sebarang permit kebenaran penjualan mercun dan bunga api di negeri ini sepanjang Ramadan.
Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah berkata, walaupun ada permohonan yang diterima namun pihaknya perlu melihat beberapa kriteria sebelum diluluskan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA CERIAKAN 1,000 RAKYAT SAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025
KUALA LINGGI 17 Januari - Sejumlah RM200,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka bagi sumbangan perayaan Tahun...
GAHARU, NANAS MD2 ‘PERMATA’ KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Kilang Gaharu dan Ladang Nanas MD2 menjadi antara dua produk agropelancongan yang berpotensi diperluaskan seterusnya...
W.R.U.R: HAMPIR 1 TAN SISA DIBERSIHKAN DI PEKAN KUALA SUNGAI BARU
KUALA LINGGI 17 Januari - Hampir satu tan sisa berjaya dibersihkan di Pekan Kuala Sungai Baru, di sini, menerusi Program...
DUA NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PULAU UNDAN
TELOK MAS 17 Januari - Dua nelayan dipercayai hilang selepas keluar memukat di perairan Pulau Undan sejak Rabu lalu. Pengarah...
W.R.U.R ‘TERANGI’ LAMPU JALAN DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Sebanyak 123 lampu jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang rosak telah...
175 MASYARAKAT TIONGHOA TERIMA ANGPAU
KUALA LINGGI 17 Januari - Seramai 175 orang masyarakat Tionghoa dari Parlimen Masjid Tanah menerima sumbangan perayaan bersempena Tahun Baharu...