Melaka perlu kekal tempat pertama negeri bersih
SERI NEGERI 11 April – Kerajaan negeri mengharapkan Melaka kekal menjadi tempat pertama pada setiap pertandingan kebersihan dan kecantikkan yang ada di dalam negara ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata ia termasuklah menjaga landskap serta jalan yang bersih seperti dilaksanakan sebelum ini.
“Kita sedia menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negara sejak 1 April lalu, sebab itu kebersihan perlu dititikberatkan.
“Perlu kekalkan dan Melaka perlu menjadi tempat pertama pada setiap pertandingan kebersihan dan kecantikkan yang ada di dalam negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Bulan April 2022 di Auditorium Seri Negeri di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari; barisan EXCO Kerajaan Negeri dan lain-lain kenamaan.
Dalam pada itu, Sulaiman meminta supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat meningkatkan lagi tahap kebersihan di seluruh Negeri Melaka.
“Sebab itu landskap dan jalan-jalan yang cantik serta bersih di negeri ini terus menjadi rujukan kepada semua negeri-negeri yang ada di dalam negara ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
GENG 04 ATAU 30 BERI RUANG ANAK JATI MELAKA BERBAKTI
KUALA LINGGI 18 Januari - Penubuhan Geng 04 atau 30 iaitu kumpulan sukarelawan bencana dan gotong-royong bakal memberi pendedahan kepada...
‘BANTUAN INI BESAR MAKNANYA’
KUALA LINGGI 18 Januari - Riak ceria jelas kelihatan pada wajah 175 penerima sumbangan perayaan daripada Kerajaan Negeri sekali gus...
MELAKA CERIAKAN 1,000 RAKYAT SAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025
KUALA LINGGI 17 Januari - Sejumlah RM200,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka bagi sumbangan perayaan Tahun...
GAHARU, NANAS MD2 ‘PERMATA’ KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Kilang Gaharu dan Ladang Nanas MD2 menjadi antara dua produk agropelancongan yang berpotensi diperluaskan seterusnya...
W.R.U.R: HAMPIR 1 TAN SISA DIBERSIHKAN DI PEKAN KUALA SUNGAI BARU
KUALA LINGGI 17 Januari - Hampir satu tan sisa berjaya dibersihkan di Pekan Kuala Sungai Baru, di sini, menerusi Program...
DUA NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PULAU UNDAN
TELOK MAS 17 Januari - Dua nelayan dipercayai hilang selepas keluar memukat di perairan Pulau Undan sejak Rabu lalu. Pengarah...