Rapid Bus siasat kejadian
KUALA LUMPUR, 10 April – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), pengendali perkhidmatan pengangkutan bas Rapid KL, sedang melakukan siasatan berhubung satu ciapan di Twitter yang tular di media sosial semalam mengenai kejadian pintu bas ditutup semasa ada penumpang berlari untuk menaiki bas berkenaan.
Rapid Bus dalam satu kenyataan berkata ciapan pengguna Twitter yang menggunakan akaun @azlanalanlan itu memaparkan kejadian yang dikatakan berlaku di Jalan Klang Lama sekitar pukul 3.10 petang, dan pihaknya sedang menyiasat bagi mengenal pasti kapten bas berkenaan.
“Kami memandang serius dakwaan mengenai kejadian itu yang melibatkan etika dan tanggungjawab sebagai seorang kakitangan Rapid Bus. Sekiranya bersalah, tindakan tatatertib sewajarnya akan diambil,” menurut kenyataan itu hari ini.
“Rapid Bus memohon maaf atas kejadian ini dan memberi jaminan tindakan susulan yang sewajarnya akan diambil bagi memastikan perkara sebegini tidak akan berulang,” katanya dan menambah oramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden itu diminta menghubungi Rapid KL dengan menelefon 03-7885 2585 bagi membantu siasatan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERUBAHAN PORTFOLIO, BUKAN ROMBAK EXCO – KM
SERI NEGERI 27 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, akan melakukan perubahan portfolio dalam kalangan Exco...
MENDIGITALKAN BECA MELAKA
SERI NEGERI 27 Disember - Pengurusan beca Melaka akan menjalani transformasi digital bertujuan menambah baik perkhidmatan berkenaan yang merupakan antara...
BAJET MELAKA 2025: DISKAUN 10 PERATUS CUKAI TANAH
SERI NEGERI 27 Disember - Sebagai galakan kepada pembayar cukai serta meningkatkan kutipan hasil tanah, Kerajaan Negeri mengumumkan diskaun kepada...
PROGRAM PELANCONGAN LEBIH ‘RANCAK’ SEPANJANG 2025
SERI NEGERI 27 Disember - Lebih banyak program pelancongan berskala besar akan dianjurkan sepanjang tahun hadapan, sekali gus memeriahkan lagi...
MELAKA FOKUS LIMA INISIATIF PERKASA GOLONGAN PENIAGA
SERI NEGERI 27 Disember - Peniaga tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada pembentangan Bajet Melaka 2025 apabila Kerajaan Negeri memfokuskan...
MELAKA SEDIA TABUNG BANTUAN DIALISIS
SERI NEGERI 27 Disember - Tabung Bantuan Dialisis Negeri Melaka akan disediakan bermula tahun depan dengan peruntukan berjumlah RM100,000. Ketua...