Sorting by

×

Belum Aidiladha, tapak sembelihan korban sudah disiapkan

Masa Membaca:41 Saat

RIM 9 April – Walaupun perayaan Aidiladha akan disambut kira-kira tiga bulan lagi, namun kerja menyiapkan tapak sembelihan korban sudah disiapkan lebih awal.

Ia antara inisiatif dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Menurut Khaidhirah yang mesra dikenali sebagai Dira, kerja-kerja pembinaan tapak sembelihan di Surau Taman Seri Kerayong itu dibuat lebih awal bagi memudahkan urusan ibadah berkenaan.

Selain pembinaan tapak sembelihan, katanya, kerja-kerja baik pulih surau berkenaan turut dilakukan.

“Walaupun jauh lagi untuk menghadapi Hari Raya Aidiladha, saya minta proses pembinaan disiapkan cepat supaya kualiti kerja tidak turun disebabkan kerja ‘last minit’.

“Saya berharap pembinaan serta kerja baik pulih ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat yang sering menunaikan ibadat di sini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1325
Kongsi :
Previous post Gaji pemain Melaka United langsai, CEO nafi bayaran ‘sangkut’ tiga bulan
Next post Tragedi baiki dapur gas: Bapa maut, anak melecur
Ubah saiz-+=