
Pengangguran di Eropah terus meningkat pada Julai
BRUSSELS 2 Sept. – Kadar pengangguran di kawasan 19 anggota Eropah (negara menggunakan mata wang Euro) terus meningkat pada Julai, iaitu bulan yang dikenakan langkah-langkah membendung COVID-19 di kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU), angka yang dikeluarkan oleh Eurostat, pejabat perangkaan EU, pada Selasa.
Kadar pengangguran disesuaikan mengikut musim di kawasan Eropah ialah 7.9 peratus pada Julai, meningkat daripada 7.7 peratus pada bulan sebelumnya, lapor agensi berita Xinhua, memetik Eurostat.
Kadar pengangguran di seluruh kawasan EU adalah 7.2 peratus pada Julai, lebih tinggi berbanding 7.1 peratus pada Jun, tambah kenyataan itu.
Di antara kira-kira 15.2 juta penganggur di EU, 2.9 juta berusia di bawah 25 tahun. Kadar pengangguran remaja adalah 17 peratus di EU dan 17.3 peratus di kawasan Eropah, masing-masing meningkat daripada 16.9 peratus dan 17.2 peratus pada Jun, menunjukkan kemerosotan situasi pekerjaan yang berterusan.
Dalam kalangan negara-negara anggota EU, kadar pengangguran terendah pada Julai dicatat di Republik Czech, pada 22.7 peratus, diikuti Poland dengan 3.2 peratus. Kadar pengangguran tertinggi dicatat di Sepanyol, pada 15.8 peratus, diikuti Itali, pada 9.7 peratus.
-BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...