
120 warga Alor Gajah terima sumbangan Ramadan
DURIAN TUNGGAL 8 April – Seramai 120 penduduk di bawah Parlimen Alor Gajah menerima sumbangan tunai Ramadan daripada kerajaan negeri, hari ini.
Penyerahan sumbangan itu telah disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bertempat di Kompleks JAPERUN Durian Tunggal.
Sulaiman dalam satu kenyataan berkata, selain sumbangan tunai, kesemua penerima turut diberikan sumbangan kit kuih raya dan kit makanan seperti beras, minyak, tepung, gula serta lain-lain.
“Ia merupakan tanda keprihatinan kerajaan negeri Melaka terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
“Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan sedikit bebanan yang dihadapi, sekali gus mengukir senyuman kebahagiaan penerima bantuan. Insya-Allah,” katanya.
Hadir sama dalam majlis itu ialah EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis; EXCO Perpaduan, Penerangan, Hubungan Masyarakat dan Sumber Manusia Negeri Ngwe Hee Sem; Ahli Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal Zahari Abdul Kalil dan ADUN Asahan Fairul Nizam Roslan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...