
COVID-19: Satu kematian, 14 kes baharu dilaporkan
PUTRAJAYA, 1 Sept – Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di negara meningkat kepada 128 kes, mewakili 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes apabila satu lagi kematian direkodkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian itu melibatkan wanita warganegara berusia 80 tahun yang merupakan antara kes positif dilaporkan pada 15 Ogos dalam Kluster Tawar serta mempunyai latar belakang penyakit barah paru-paru dan darah tinggi.
“Beliau mula mengalami gejala demam dan sakit dada sejak 6 Ogos dan telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan. Pada 14 Ogos, beliau dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang setelah didapati positif COVID-19.
“Keadaan kesihatan beliau merosot dengan komplikasi daripada penyakit barah justeru memerlukan bantuan pernafasan sejak 24 Ogos. Beliau disahkan meninggal dunia pada 1 Sept pukul 10.38 pagi,” katanya dalam sidang media perkembangan terkini COVID-19 hari ini.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 14 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,354 kes. – BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
