
Jalan gelap kini terang
AYER LIMAU, 6 Mac – Keluhan pendudukan setempat mengenai Jalan Deli Awal di Kampung Ayer Limau, di sini, yang gelap diatasi dengan pemasangan dua unit lampu solar sebagai penyelesaian jangka pendek.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, masalah laluan gelap itu sudah lama berlarutan berikutan lokasi terbabit yang tidak mempunyai tiang elektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Sebelum ini kejadian jenayah seperti ragut pernah dilaporkan berlaku di laluan itu, jadi kami ambil inisiatif pasang lampu solar yang ditumpangkan pada tiang milik Telekom Malaysia (TM).
“Kami akan berusaha mencari penyelesaian jangka panjang bagi memberikan keselesaan kepada penduduk kerap menggunakan laluan ini,” katanya ketika dihubungi.
Proses memasang lampu yang setiap satu bernilai RM450 itu dijalankan, baru-baru ini dengan dipantau sendiri oleh Hameed.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
