
Kak Som turun pasar Ramadan agihkan apron
PENGKALAN BATU 6 April – Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Nordin ke pasar Ramadan nyata mencuri tumpuan pengunjung.
Gelagat dan sikap ramah pemimpin ‘otai’ itu membuatkan dia mudah didekati sesiapa sahaja malah tidak lokek dengan senyuman dalam menyantuni rakyat.
Dengan jadual yang agak padat beliau yang mesra disapa Kak Som sempat meluangkan masa meninjau suasana pasar Ramadan di Pantai Peringgit dan Peringgit.
Dikesempatan itu juga beliau menyerahkan 95 helai apron kepada peniaga di pasar Ramadan Peringgit yang disumbangkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Peringgit.
Terdahulu, di pasar Ramadan Pantai Peringgit, Kalsom juga turut menyampaikan apron dan plastik sampah kepada peniaga sebagai langkah dalam memastikan aspek kebersihan menjadi keutamaan.
Menurutnya, pengunjung yang hadir ke pasar Ramadan diingatkan untuk tidak melupakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam keseronokan membeli juadah berbuka puasa.
“Selamat membeli juadah dan jaga keselamatan serta kebersihan.
“Pelitup muka dan juga penjarakan sosial amat penting serta sentiasa menjaga diri,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...