
Imam luar mesti dapat kelulusan MAIM – KM
LENDU 5 April – Kerajaan negeri memutuskan mana-mana Imam yang ingin mengimamkan solat Tarawih di negeri ini mesti mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata syarat itu dikenakan terhadap Imam yang akan menetap di negeri ini selama 30 hari.
“Kelulusan mereka mesti di bawah MAIM, tetapi kalau dia datang menjadi tetamu untuk malam itu sahaja tiada masalah.
“Imam daripada luar mesti mendapat kelulusan daripada MAIM, syarat ini bagi mereka yang menetap di sini (menjadi Imam solat Tarawih) selama 30 hari,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Sumbangan Ramadan DUN Lendu di Dewan Serbaguna KBS di sini, hari ini.
Sulaiman berkata kesemua Imam yang dibawa masuk ke negeri ini juga perlu dikaji latar belakang serta fahaman mereka.
“Antara syarat yang perlu ada setiap Imam ini, kita kena tahu yang datang ini apa latar belakang mereka dan apa fahaman mereka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...
WARGA EMAS MAUT, RAKAN PATAH PAHA MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA
RIM 22 April - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di...
TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
MERLIMAU 23 April - Tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Jalan Melimau - Jasin, malam...
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...