Malaysia terima al-Quran, kurma sumbangan Raja Arab Saudi – PM
KUALA LUMPUR, 4 April – Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud akan menyumbang 46,000 naskhah al-Quran terjemahan Bahasa Melayu kepada masjid dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara sempena bulan Ramadan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam catatan di Facebook memaklumkan Penjaga Dua Masjid Suci itu turut menyumbang sebanyak 57 tan kurma untuk diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia sempena bulan mulia itu.
“Saya menganggap hadiah terjemahan Al-Quran ke dalam Bahasa Melayu ini tanda persahabatan Malaysia dan Arab Saudi yang sangat istimewa terutama dalam hasrat Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta kerajaan Arab Saudi atas hadiah yang diberikan,” katanya dan berharap ikatan diplomasi antara kedua-dua negara yang telah terjalin sekian lama akan terus kukuh dan berterusan.
Dalam catatan itu, perdana menteri berkongsi beliau turut menerima al-Quran dan kurma pemberian Raja Salman yang disampaikan Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan, di pejabatnya di Putrajaya hari ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ME49: 1,342 KES DENGGI, DUA KEMATIAN DIREKOD – KKM
PUTRAJAYA 14 Disember - Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi...
PERTEGUH KESELAMATAN DEMI KEMAKMURAN MELAKA – KM
AYER KEROH 14 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin...
PELUANG DAPAT PENDEDAHAN, MOHON SIJIL HALAL DI MIHF’24
AYER KEROH 13 Disember - Usahawan tempatan bercadang mahu mendapatkan hak pensijilan halal bagi produk masing-masing boleh mendapatkan maklumat lanjut...
PENGHANTAR TUMBUHAN HIASAN DITAHAN SELUDUP PELBAGAI JENIS TUMBUHAN BERNILAI RM4.5 JUTA
KOTA BHARU 14 Disember - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis tumbuhan hiasan termasuk orkid...
TH SANTUNI PENUNTUT UNIMEL
KUALA LINGGI 14 Disember - Pelbagai inisiatif dilaksanakan pihak pengurusan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dalam usaha membantu meringankan beban penuntutnya...
PERKUKUH SINERGI KERJASAMA MELAKA, PDRM
TANJUNG BIDARA 14 Disember - Hubungan akrab antara Kerajaan Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu membentuk kesepaduan dalam memperkukuh...