
‘Rakyat perlukan kita’
MACHAP JAYA 4 April – “Dapat bertentang mata dan berkongsi sendiri cerita membuat hubungan bersama rakyat lebih erat.
“Malah kita sendiri secara tidak langsung dapat merasai situasi dihadapi mereka,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya Ngwe Hee Sem.
Menurut beliau, menerusi aktiviti ziarah kasih, pemimpin bukan sahaja dapat mengenali rakyat secara lebih dekat malah hubungan silaturahim lebih erat terjalin.
“Saya tidak tetapkan hari bagi aktiviti ziarah kasih ini kerana tidak mahu pergerakan terhad kerana rakyat perlukan kita.
“Apabila dapat maklumat sahaja, saya akan terus bergerak jika tiada hal penting atau mesyuarat yang perlu dihadiri,” katanya.
Menurutnya, selain sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban malah kata-kata juga dapat memberi semangat.
Beliau yang juga EXCO Hal Ehwal Pengguna baru-baru ini sempat meluangkan masa menziarahi pesakit kanser iaitu Cikgu Raihan Ithnin dan dua lagi penduduk yang terbabit kemalangan serta mengalami patah kaki.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...