Sorting by

×

80 ‘hotspot’ tumpuan ‘kaki ponteng puasa’ di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

MELAKA 3 April – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengenal pasti 80 lokasi panas yang sering menjadi tumpuan kumpulan ‘kaki ponteng puasa’ di bulan ramadan.

Pengarahnya Che Sukri Che Mat berkata, lokasi itu dikenal pasti pihaknya hasil serbuan operasi dan risikan yang dilakukan pihaknya sebelum ini.

Beliau berkata, sepanjang ramadan ini penguatkuasa JAIM di tiga daerah di negeri ini akan melakukan operasi setiap hari bagi mengesan dan mengenal pasti lokasi tumpuan orang Islam yang tidak berpuasa.

“Sebanyak 80 lokasi ‘hotspot’ dikenal pasti JAIM di seluruh Melaka dan daerah Melaka Tengah merekodkan kawasan paling banyak berbanding Jasin dan Alor Gajah.

“Antara yang menjadi tumpuan kaki ponteng puasa adalah premis bukan beragama Islam selain anggota penguatkuasa juga akan lakukan penyemaran bagi mengenalpasti premis lain yang turut menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai Operasi Plastik Hitam Bersendawa, hari ini.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat mengadakan sidang akhbar selepas selesai ‘Op Plastik Hitam’ sempena bulan ramadan di Klebang, Melaka. Foto: MR. AZLI

Menurut beliau, selain mereka yang didapati tidak berpuasa, peniaga juga akan dikenakan tindakan tegas dengan jumlah kompaun RM1,000 mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

“Sepanjang ramadan lalu sebanyak 77 kes berjaya dihasilkan JAIM dengan daerah Jasin merekodkan kes terbanyak dengan 38 kes, diikuti Melaka Tengah (35) dan Alor Gajah (4),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

853
Kongsi :
Previous post Kerani rugi hampir RM10,000 gara-gara beli telefon bimbit di media sosial
Next post Fasa peralihan ke endemik: Lebih ramai penganut ikuti aktiviti keagamaan di rumah ibadat
Ubah saiz-+=