33,700 individu lepasi sempadan Malaysia-Singapura setakat 5 petang semalam
SINGAPURA, 2 April – Seramai 33,700 pengembara dibenarkan melepasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas setakat 5 petang Jumaat (1 April), hari pertama pembukaan semula sempadan darat Singapura-Malaysia, lapor CNA pada Sabtu.
Memetik Penguatkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, seramai 6,100 individu memasuki Singapura manakala 27,600 pengembara dari negara itu merentasi sempadan ke Malaysia melalui jalan darat setakat 5 petang.
Menurut laporan itu, 3,500 pelancong tiba di Singapura dengan bas; 1,600 dengan kereta; dan 1,000 dengan motosikal.
Sementara itu 9,400 pelancong dari republik itu menaiki bas; 9,700 dengan kereta; dan 8,500 dengan motosikal ke Malaysia.
Pada 24 Mac, kedua-dua negara mengumumkan persetujuan membuka semula sempadan darat bagi pengembara yang lengkap vaksin mulai 1 April tanpa perlu mengambil ujian saringan pra-berlepas dan ketibaan COVID-19 atau menjalani kuarantin.
Pada 1 April, ICA menerusi laman sesawangnya melaporkan lebih 11,000 pelancong melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas setakat 7 pagi.
Secara keseluruhannya, aktiviti rentas sempadan di pusat imigresen berjalan lancar menjelang 1 pagi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAYAT LELAKI DALAM BAGASI DISYAKI WARGA ASING – POLIS
KUALA LUMPUR 11 Disember - Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang...
CABARAN JORAN MELAKA TAWAR HADIAH RM30K
AYER KEROH 11 Disember - Kaki pancing dipelawa untuk menyertai Cabaran Joran Melaka yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah...
ROTI CANAI, TEH TARIK 50 SEN DI RESTORAN HABEEB SULTAN
BUKIT BARU 11 Disember - Cuma belanja RM1, pelanggan berkunjung ke Restoran Habeeb Sultan, Bukit Baru boleh menikmati teh tarik...
51 LAPORAN PENIPUAN FOREX LIBATKAN KERUGIAN LEBIH RM12 JUTA
KUALA LUMPUR 11 Disember - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima 51 laporan polis berhubung skim penipuan pelaburan...
POLIS CARI PELANCONG CHINA YANG HILANG DI KLCC SEJAK AHAD
KUALA LUMPUR 11 Disember - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang sejak...
SUMBANGAN MAKMURKAN MADRASAH
AYER KEROH 11 Disember - Kemudahan bagi keselesaan orang ramai di institusi ilmu dan ibadat di negeri ini turut mendapat...