WoW sasar penyertaan 5,000 wanita muda
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata setakat ini kira-kira 500 peserta dari Kedah, Sabah dan Pahang telah menyertai program itu dan mendapat pendedahan antaranya dalam bidang kepimpinan,komunikasi dan personaliti.
Beliau berkata usahawan dan ikon wanita selain pempengaruh media sosial akan diundang bagi berkongsi pengetahuan dan bertukar pendapat.
“Program yang dianjurkan secara percuma ini merupakan platform perkongsian pengalaman dan idea bagi merealisasikan aspirasi kerajaan dalam membangunkan modal insan yang berdaya saing.
Ia dianjurkan berterusan dengan menyasarkan 5,000 penyertaan dari seluruh negara dan selepas ini kita akan menganjurkannnya di Melaka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Program WOW4U@i-Lead di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah i-Lead Haswandi Ahmad.
Pada majlis itu, seramai 120 peserta terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswi dari pelbagai universiti awam dan swasta berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun telah menyertai program berkenaan.
Orang ramai yang berminat untuk menyertainya boleh mengunjungi laman web https://i-lead.gov.my untuk maklumat lanjut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.