Sorting by

×

Buka sempadan: Pelancong asing pilih bercuti di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BANDA HILIR 2 April – Melaka terus menjadi pilihan orang ramai menghabiskan masa hujung minggu apabila beberapa lokasi popular dipenuhi pelancong, hari ini.

Bukan itu sahaja, malah kelibat beberapa pelancong asing dari luar negara juga sudah mula kelihatan di Melaka susulan pembukaan sempadan negara bermula semalam.

Tinjauan Melaka Hari Ini di beberapa lokasi antaranya di Bangunan Stadthyus, Menara Taming Sari dan Kota A Famosa meriah dengan kehadiran pelancong yang mengabadikan kenangan mereka di mercun pelancongan negeri itu.

MELAKA kekal menjadi destinasi pilihan pelancong dari luar negara. Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurut pengayuh beca Mohammad Safuan Tumiran, 28, berkata, sejak minggu lalu, terdapat pertambahan pengunjung yang datang bercuti ke bandaraya ini.

Katanya, namun begitu jumlah itu dijangka sedikit merosot pada Ramadan memandangkan ramai yang menghabiskan masa di rumah.

MOHAMMAD Safuan

“Sehari dua ini pelancong boleh dikatakan ramai tetapi apabila tiba Ramadan mungkin kemeriahan itu berkurang sedikit, sehinggalah apabila tiba Hari Raya Aidilfitri nanti ia akan kembali meriah.

“Namun, saya harap pembukaan sempadan negara ini kita dapat menerima semula kedatangan pelancong dari luar negara,” katanya.

Bagi peniaga Cendol Jam Besar Ramli Hussin, 38, berkata, pengumuman dibuat kerajaan yang membenarkan pembukaan kembali sempadan berita yang amat baik dan akan meningkatkan kembali sektor pelancongan negeri.

RAMLI

“Kebetulan hari ini hujung minggu, jadi yang ramai keluar menghabiskan masa dan mengambil peluang makan-makan memandangkan esok sudah berpuasa.

“Disebabkan kemeriahan itu, semua makanan dan minuman habis dijual dan saya terpaksa menutup kedai awal pada jam 4.30 petang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1353
Kongsi :
Previous post Mayat wanita warga emas ditemukan selepas lima hari
Next post LHDN tukar waktu operasi sepanjang Ramadan
Ubah saiz-+=