Sorting by

×

Mayat wanita warga emas ditemukan selepas lima hari

Masa Membaca:46 Saat

IPOH, 2 April – Mayat seorang wanita warga emas yang dilaporkan hanyut dibawa arus banjir kilat di Cameron Highlands, Pahang pada Selasa lepas ditemukan pada hari ini kira-kira 11.45 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Mariam Bertampan, 62, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kelima kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa terjatuh.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kira-kira 50 anggota penyelamat melibatkan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan penduduk kampung menyertai operasi SAR itu.

Dilapor, dalam kejadian kira-kira 4.50 petang itu, mangsa bersama tiga lagi wanita sedang menyeberang sungai sebelum dia dibawa arus deras.

Difahamkan ketika kejadian, kawasan Kampung Sungai Ubi berkenaan menerima hujan lebat dalam tempoh kira-kira sejam. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

667
Kongsi :
Previous post Polis tahan guru tadika disyaki dera murid
Next post Buka sempadan: Pelancong asing pilih bercuti di Melaka
Ubah saiz-+=