
28 rumah rosak dibadai ribut di Sungai Petani
ALOR SETAR, 1 April – Sebanyak 28 rumah mengalami kerosakan akibat ribut di beberapa kawasan di Sungai Petani dalam kejadian pada kira-kira 2 petang tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Azhar Ahmad berkata kebanyakan rumah rosak di bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang.
“Kejadian turut menyebabkan pokok tumbang namun tiada mangsa tercedera dilaporkan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula berkata antara kawasan terlibat ialah Taman Sutera Jaya, Taman Songket dan Taman Sri Impian.
Beliau berkata ketika kejadian, keadaan cuaca hujan lebat disertai angin kencang dan banyak kediaman rosak serta terjejas teruk terutama di bahagian bumbung.
“Alhamdulillah, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Terima kasih kepada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi lain yang bertindak pantas dalam mengawal situasi.
“Semoga kesemua mangsa yang terlibat tabah dan sabar menghadapi ujian ini,” menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...