
Saya sedih 10 kali minta kerja gagal – Abdul Qahhar
TANJUNG BIDARA 2 April – “Saya sangat sedih dan pilu kerana sudah 10 kali memohon kerja tetapi ditolak semata-mata kerana kaki kanan saya sudah dimasukkan besi,” kata Abdul Qahhar Idris, 31.
Dia sebelum ini cuba memohon pelbagai kerja seperti pembantu kedai makan dan ejen kereta sewa namun gagal berikutan masalah kaki kanannya.
Menceritakan kisahnya, Abdul Qahhar berkata, dia terbabit kemalangan selepas motosikal ditunggang terbabas ketika mengelak melintas di Jalan Ayer Molek-Masjid Tanah pada Jul tahun lalu.
“Akibat kejadian itu, pergelangan kaki kanan saya terpaksa dipasang besi menyebabkan kaki saya tidak kuat seperti sebelum ini.
“Apabila saya memberitahu pemilik kedai, kaki kanan saya tidak berapa kuat, mereka terus menolak permohonan saya untuk mendapatkan kerja,” katanya ketika ditemui, semalam.
Katanya, dia dan isteri, Siti Rohana Yazid, 31, bersyukur apabila Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memberikan bantuan Hilang Upaya Sementara dari Ogos hingga Dis lalu.
“Bermula Jan hingga sekarang saya tidak ada apa-apa sumber pendapatan dan terpaksa bergantung kepada pendapatan isteri sebagai jurutol.
“Saya merayu peniaga supaya menerima saya bekerja untuk membantu saya menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...
SM-WEZ KAWASAN ‘IBU NEGERI’ BAHARU MELAKA
SERI NEGERI 17 April - Tidak cukup dengan kawasan perindustrian, Melaka juga memberi tumpuan kepada kewujudan zon ekonomi baharu yang...
AB RAUF MAHU RAKYAT MELAKA ADA PEKERJAAN TETAP, KEHIDUPAN STABIL
SERI NEGERI 17 April - Selain pelancongan, antara misi utama Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...