Dua sahabat berdepan hukuman mati bunuh gelandangan
AYER KEROH 1 April – Dua sahabat berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang gelandangan bulan lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Muhammad Aliff Daniel Ong Abdullah dan Joel V. Michael Louis masing-masing berusia 20 tahun selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mengikut pertuduhan, dua remaja itu didakwa menyebabkan kematian Mohd. Eddie Hafiez Yusof, 42 pada 15 Mac lalu.
Perbuatan itu dilakukan di hadapan kedai, Jalan Persisiran Bunga Raya, Melaka Tengah antara jam 1 pagi hingga 3.45 pagi.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Andrew Lourdes dan Amritpal Singh, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri.
Mahkamah menetapkan 26 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan bedah siasat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...