Sorting by

×

‘Alhamdulillah, saf semakin rapat’

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 April – Solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid-masjid dan surau seluruh negeri ini kini sudah boleh dirapatkan bermula hari ini.

Ia selepas kerajaan negeri menetapkan penjarakan bagi solat berjemaah dirapatkan mengikut sejadah bermula fasa peralihan endemik pada 1 April.

Tinjauan Melaka Hari Ini di masjid negeri, Masjid Al Azim mendapati, suasana solat Jumaat di masjid berkenaan dilihat kembali meriah dengan kehadiran jemaah yang mula memenuhi perkarangan masjid sejak jam 12.30 tengah hari.

Meskipun prosedur operasi standard (SOP) mengenai penjarakan dilonggarkan, kesemua jemaah dilihat mematuhi arahan ditetapkan termasuklah mengimbas MySejahtera, memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri.

SUASANA jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Melaka berikutan semua masjid dan surau di negeri ini dibenar merapatkan saf mengikut saiz sejadah standard bermula hari ini selaras dengan fasa peralihan endemik COVID-19 di seluruh negara. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengumumkan kebenaran solat berjemaah dengan penjarakan satu sejadah antara jemaah bermula 1 April.

Bagaimanapun, katanya, ketetapan itu boleh ditambah baik daripada semasa ke semasa, bergantung kepada keadaan dan situasi semasa kes jangkitan COVID-19 di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

894
Kongsi :
Previous post Indeks jenayah negara Januari, Februari menurun
Next post Bomba Melaka tidak mahu kompromi
Ubah saiz-+=