
Indeks jenayah negara Januari, Februari menurun
AYER KEROH 1 April – Indeks jenayah negara menunjukkan penurunan sebanyak 38 peratus atau 5,199 kes bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail berkata, bagi tempoh itu sebanyak 8,484 kes direkodkan manakala nilai ambang pula sebanyak 13,683 kes.
Aidi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga bersedia dengan sebarang prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan selepas pembukaan sempadan bermula hari ini.
“PDRM sedia mengawal pintu masuk negara bagi memastikan SOP dipatuhi, meskipun ada kelonggaran namun masih ada yang perlu terus diamalkan masyarakat.
“Saya harap masyarakat akan ambil tanggungjawab ini untuk mengawal penularan COVID-19 walaupun banyak aktiviti-aktiviti yang telah dilonggarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka di Auditorium Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Melaka di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
