Dua remaja maut rempuh treler
KUANTAN, 31 Mac – Dua remaja maut selepas motosikal ditunggangi mereka merempuh treler yang berada di bahu jalan di Jalan Gambang, Batu Tiga Tanah Putih di sini pada 4.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata penunggang motosikal Mohamad Izhar Iskandar Mohamad Pazelong dan pembonceng Wan Ezremy Shaqir Wan Erman Shafri kedua-duanya berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal mangsa dari arah Gambang ke Kuantan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian kiri hadapan treler,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat selepas keputusan ujian saringan COVID-19 diperoleh dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...
3 DENAI SUNGAI JADI PUSAT RIADAH BAHARU DI MELAKA
KUALA LINGGI 6 Januari - Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelaksanaan tiga projek Denai Sungai...
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...