UiTM sudah ambil tindakan pensyarah hina pelajar B40

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SHAH ALAM 30 Mac – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah yang video tularnya menghina pelajar golongan B40.

Naib Canselornya, Prof Datuk Ts Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya prihatin dengan keperluan pelajar terutamanya dalam pembelajaran suasana norma baharu.

“Perkara tersebut berlaku semester lepas, bukannya semalam, jadi isu ini mesti ada perancangan kenapa ia (video) dimuat naik semalam.

“Apapun tindakan sudah diambil, jangan risau,” katanya dalam kenyataan menerusi video di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata wanita dalam video berkenaan adalah pensyarah kontrak di UiTM Perak cawangan Seri Iskandar dan mengajar di Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur (FSPU).

Jelasnya, semua pensyarah UiTM mahukan terbaik untuk pelajar mereka.

“Dia adalah pensyarah kontrak, sudah bersara daripada pensyarah biasa tetapi semester lepas dia mengajar (sebagai pensyarah kontrak).

“Semua perkara diambil tindakan sama ada yang baik mahupun tidak baik,” katanya.

Satu video berdurasi satu minit 46 saat tular di media sosial sejak semalam memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar lelakinya berikutan tidak mempunyai komputer, sebaliknya menggunakan telefon pintar dalam kelasnya.

Susulan kejadian itu, laman Facebook rasmi milik UiTM menjadi sasaran warga maya melepaskan kemarahan susulan tular rakaman video pensyarah berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1653
Kongsi :
Previous post UiTM diminta beri penjelasan video tular
Next post MoF yakin sektor kewangan akan menyumbang kepada kejayaan agenda kemampanan negara
Ubah saiz-+=