
KRT perlu aktif anjur aktiviti berfaedah untuk penduduk
PAYA RUMPUT 30 Mac – Pemilihan dan pelantikan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Paya Rumput Indah yang baharu diharap bukan sahaja dapat memperkasakan kepimpinan komuniti setempat malah merangka strategi serta program di kawasan itu.
Mesyuarat perlantikan itu yang diadakan baru-baru ini turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin.
Rais berkata, jawatankuasa yang dipilih perlu memainkan dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin kerana mereka sudah diberikan kepercayaan serta dipilih penduduk.
“Saya berharap jawatankuasa yang baharu dipilih ini dapat menjalankan tanggungjawab untuk menjaga taman dengan baik.
“Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak KRT Taman Paya Rumput Indah yang menjalankan sesi pemilihan ini dan penduduk yang turut hadir,” katanya.
Beliau yang juga EXCO Pendidikan negeri turut menyampaikan peruntukan RM3,000 kepada KRT berkenaan selain menyumbangkan pendingin hawa untuk dipasang di balai raya taman berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...