
Nelayan kena tambah ilmu
LUBOK CHINA 31 Mac – Pejabat JAPERUN Ayer Limau menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perikanan dan Kolej Komuniti dalam mengenal pasti kursus berkaitan yang sesuai untuk dihadiri komuniti nelayan di kawasan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, Kursus Demonstarsi Penyelenggaraan Enjin Sangkut Bersama Nelayan Darat diadakan sebelum ini memberi banyak manfaat kepada golongan itu,
Beliau berkata, pihaknya akan terus merancang penganjuran kursus yang dibiayai JAPERUN dalam usaha meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan nelayan berhubung pekerjaan mereka lakukan.
“Kita lihat keberhasilan daripada kursus ini dan akan merancang mengadakan kursus lain seperti pendedahan kepada pembuatan bot gentian kaca selepas menerusi kepakaran daripada kolej komuniti.
“Sekurang-kurangnya memberi pendedahan nelayan kepada nelayan mengenai cara membaiki bot ketika dalam kecemasan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Progam Pelancaran Sukarelawan Perikanan Darat diadakan di Pengkalan Nelayan Ramuan China Kechil, 29 Mac lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...