23,885 guru dipilih sebagai pemeriksa kertas peperiksaan

Masa Membaca:49 Saat

BUKIT KATIL 29 Mac – Seramai 23,885 guru terlibat sebagai pemeriksa kertas peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, semua pemeriksa itu akan terus melaksanakan tugas masing-masing selepas peperiksaan SPM tamat hari ini.

Katanya, pemeriksa kertas peperiksaan itu membabitkan guru yang pakar dalam bidang masing-masing dan dipilih oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Seramai 23,885 pemeriksa kertas akan memastikan kertas peperiksaan SPM dapat diperiksa dengan baik dan juga keputusan keluar mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata Majlis Kesyukuran Pengurusan Peperiksaan SPM Tahun 2021 di Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Radzi berkata, Lembaga Peperiksaan KPM juga menilai keperluan sama ada untuk menambah pemeriksa kertas peperiksaan mengikut kesesuaian.

“Pada masa akan ada tambahan juga pemeriksa jika terdapat keperluan, ini Lembaga Peperiksaan akan buat penelitian tentang tambahan jika ada keperluan dalam keadaan tertentu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4088
Kongsi :
Previous post 85,700 calon SPM hadapi peperiksaan sesi kedua
Next post PKS terjejas banjir digesa manfaatkan SMEEF 2.0
Ubah saiz-+=