
Peniaga ‘ali baba’ bakal hilang lesen bazar Ramadan
AYER KEROH 28 Mac – Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan individu atau peniaga bazar Ramadan yang dikesan menyewakan tapak niaga mereka kepada pihak lain dengan mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kesemua perniaga perlu mematuhi segala syarat dan lesen yang sudah diberikan apabila mereka diberikan tapak untuk berniaga.
Beliau berkata, walaupun kesemua tapak pasar dan bazar Ramadan dibawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) namun kerajaan negeri memandang serius perkara itu.
“Setakat ini saya tidak menerima laporan (tapak bazar disewakan kepada pihak lain) sekiranya terima laporan atau aduan mereka dapat (tapak) dan sewakan kepada orang lain maka lesen atau apa segala akan ditarik.
“Mereka yang dapat tapak jualan mesti patuhi, kita hendak mereka yang berniaga orang yang benar-benar ingin berniaga dan mencari rezeki pada bulan Ramadan,” katanya.
Menurutnya, pihak penganjur juga perlu memainkan peranan dan mematuhi syarat penganjuran serta caj atau kadar bayaran ditetapkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...